Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 16/07/2019:

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Walaupun terdapat momentum positif pada rali semasa pasangan mata wang GBP/USD, aliran menaik gagal untuk menembusi garis aliran yang terletak di sekitar tahap 12570. Selain itu, harga jatuh dari saluran harga yang kini semakin hampir dengan sokongan teknikal. Keadaan pasaran kini terlebih belian 'overbought', namun momentum masih positif, oleh yang demikian, sekiranya aliran menaik menembusi tahap tersebut, maka sasaran seterusnya dilihat pada tahap 1.2591 dan 1.2641.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 12770

WR2 - 1.2670

WR1 - 1.2630

Pangsi Mingguan - 1.2528

WS1 - 1.2496

WS2 - 1.2396

WS3 - 1.2356

Cadangan Perdagangan:

Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah mengikuti arah aliran harga carta masa yang lebih besar. Aliran harga pada carta masa yang lebih besar masih menurun dan tiada sebarang tanda pembalikan harga. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.2420 dan rintangan teknikal jangka panjang penting dilihat pada tahap 1.2775 dan sekirnanya tahap ini ditembusi, maka akan terdapat peluang untuk pembalikan aliran harga.