Analisis Teknikal EUR/USD untuk 20 Februari, 2019

Seperti yang dijangkakan, pasangan mata wang EUR/USD telah melonjak ke arah sasaran minimum pada Penarikan Semula Fibonacci 38% sekitar tahao 1.1340. Ini adalah merupakan kawasan rintangan utama jangka pendek dan jika aliran menurun berjaya menembusi dan kekal di atas tahap 1.1350, harga berkemungkinan besar akan menuju ke arah tahap 1.14-1.1420 tidak lama lagi.

Garis hitam - perbezaan (divergence) harga kenaikkan

Garis hijau - garis aliran sokongan

Garis merah - garis aliran rintangan

Segitiga biru - sasaran panjang jangka (telah dicapai)

Segitiga hitam - sasaran melantun seterusnya

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah mula membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi pada carta 4H. Harga telah melonjak seperti yang diramalkan dan mencapai sasaran pertama kami. Rintangan utama dilihat terletak di sekitar tahap 1.1350 dan jika momentum menaik mencukupi, pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan lebih tinggi ke arah tahap 1.14. Tahap rintangan Fibonacci seterusnya adalahPenarikan Semula 61.8% pada tahap 1.1407. Sokongan berada pada tahap rendah semalam, 1.1275. Harga tidak boleh menembusi tahap tersebut bagi memastikan aliran menaik kekal sah. Sekiranya sokongan ini gagal ditembusi, penurunan harga ke arah tahap 1.12 adalah dijangkakan.