Pasangan mata wang EUR/JPY ini menemui rintangan jangka pendek yang kuat pada tahap 128.51 seperti yang dijangkakan dan tahap tinggi puncak 128.60 untuk pembetulan penurunan harga. Secara idealnya, pembetulan harga ini akan mendapati tahap rendah berhampiran pada tahap 127.45 untuk kenaikkan baru ke arah tahap 128.60 dan penembusan harga di atas tahap ini akan mengesahkan pengakhiran gelombang ii pada tahap 126.61 dan gelombang iii ke arah tahap 136.88 kini sedang membangun.
Untuk dagangan jangka pendek, hanya penembusan harga di bawah tahap 126.61 akan membatalkan prospek kenaikkan harga kami.
R3: 128.60
R2: 128.29
R1: 128.03
Pangsi: 127.75
S1: 127.45
S2: 127.14
S3: 126.97
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 127.99 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 126.85. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 127.45 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 128.60 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 126.85.