Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 20 Jun, 2018

Gelombang c ii menembusi di bawah tahap sokongan 127.68, yang akan mendorong harga untuk melanjutkan pergerakkan ke arah tahap 126.79 (tahap rendah telah dilihat pada 126.61). Harga kini juga sangat hampir dengan pembetulan 61.8% gelombang i, yang dilihat pada tahap 126.76. Oleh itu, kami cenderung untuk mengatakan bahawa gelombang ii telah selesai dan gelombang iii akan bergerak sekurang-kurangnya ke arah tahap 135.81 sebagai permulaan.

Kita perlu melihat penembusan harga di atas rintangan kecil pada tahap 128.51 untuk mengesahkan bahawa gelombang ii benar-benar telah selesai dengan menguji tahap 126.61 dan gelombang iii yang lebih tinggi sedang membangun.

Sokongan jangka pendek kini dilihat terletak pada tahap 127.16 dan diikuti pada tahap 127.03.

R3: 128.51

R2: 128.14

R1: 127.70

Pangsi: 127.35

S1: 127.16

S2: 127.03

S3: 126.81

Cadangan Perdagangan:

Pesanan Stop Loss pada tahap 127.60 telah ditembusi untuk kerugian. Kami kini memerhatikan peluang untuk mengambil pesanan membeli EUR baru dan membeli EUR pada tahap 127.20 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 127.70. Kami akan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 126.555