Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 1.3226. Semalam, pasangan mata wang ini telah menyaksikan lonjakan menaik dari tahap 1.3185 menghampiri ke tahap 1.3275. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3275, dan diikuti oleh tahap 1.3322, manakala sokongan harian 1 pada tahap 1.3185 (Penarikan Semula Fibonacci 78.6%). Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CAD ini masih diniagakan diantara tahap 1.3226 dan 1.3322; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 96 pips.
Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 1.3275, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat ke arah tahap 1.3322.
Oleh itu, pesanan membeli disyorkan diambil di atas tahap 1.3226 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3275 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.3322. Juga, adalah penting untuk diingatkan bahawa tahap 1.3322 merupakan lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana pasangan mata wang ini akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang USD/CAD berjaya menembusi tahap sokongan 13185, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 1.3066 boleh berlaku sekaligus menunjukkan pasaran menurun.