Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan rendah dari tahap 1.1734 ke arah 1.1543 pada minggu lalu. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini telah menyaksikan lantunan semula harga dari tahap rendah menghampiri ke tahap 1.1617.
Hari ini, pasangan mata wang EUR/USD telah menghadapi sokongan yang kuat pada tahap 1.1543.
Oleh itu, sokongan yang kuat telahpun ditembusi pada tahap 1.1543 dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan cuba untuk menghampirinya untuk mengujinya semula dan membentuk 'double bottom'.
Oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap sokongan baru 0.9660; untuk membentuk saluran kenaikkan harga. Berdasarkan kepaada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan diniagakan di antara tahap 1.1662 dan 1.1543. Juga, perlu diperhatikan bahawa rintangan utama terletak pada tahap 1.1734, manakala rintangan segera pada tahap 1.1662. Kemudian, kami mungkin menjangkakan ujian harga yang berpotensi pada tahap 1.1662 akan berlaku tidak lama lagi.
Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 1.1662, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 1.1617. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan mendorong harga untuk meneruskan kenaikkan harga sehingga mencapai ke tahap 1.1662.
Pesanan membeli disyorkan diambil di atas tahap 1.1617 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1662 dan seterusnya ke tahap 1.1698. Sementara itu, sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini gagal menembusi tahap rintangan 1.1662; pasaran berkemungkinan besar akan diniagakan lemah ke tahap 1.1489 (sokongan harian 2).