Analisis Teknikal NZD/USD untuk 11 Jun, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD ini tidak membuat sebarang pergerakan harga yang ketara pada minggu lalu. Pasaran kekal cenderung untuk diniagakan kukuh dengan menguji jangka pendek 0.7185 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.6977 dalam dagangan jangka panjang. Perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditubuhkan pada tahap 0.6977, yang mewakili Penarikan Semula Fibonacci 23.6% pada carta 4H. Harga mungkin akan membentuk 'double bottom' dalam carta yang sama. Oleh yang demikian, pasangan mata wang NZD/USD kini menunjukkan isyarat pengukuhan harga selepas harga menembusi tahap tinggi 0.7057. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7057 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7121 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya bergerak menuju ke tahap 0.7121. Juga, adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7185 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sebaliknya, sekiranya pembalikan harga berlaku dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.6977, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.6848 boleh berlaku sekaligus menyatakan pasaran penurunan harga.