Analisis Harian EUR/JPY untuk 11 Jun, 2018

EUR/JPY

Prospek dagangan bagi instrumen dagangan mata wang ini baru saja bertukar kepada aliran menaik. Sejak 30 Mei lalu, harga telah meningkat sebanyak 500 pips, mencapai zon bekalan pada tahap 130.00, sebelum menyaksikan pembetulan harga semasa (yang berlaku pada 8 Jun). Pergerakan mendatar sepanjang minggu ini akan menghasilkan kecenderungan aliran neutral di pasaran.

Ujian harga pada zon permintaan 127.50 akan menjejaskan kecenderungan aliran menaik baru di pasaran; manakala pergerakan harga ke arah zon bekalan pada tahap 129.50, 130.00 dan 130.50 akan menyokong prospek kenaikkan harga. Diramalkan akan terdapat volatiliti di pasaran pada minggu ini.