Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Pasangan mata wang ini melanjutkan kenaikkan apabila harga disokong oleh peningkatan Moving Average (MA) 50. Harga telah mengukuh pada tahap utama 110.00 sebagaimana harga kini menghampiri Moving Average (MA) 20. Tahap sokongan utama terletak pada tahap 109.85 (reaksi tahap rendah yang dilihat semalam, 6 Jun). Tinjauan harian masih menaik, dan pasangan mata wang ini harus mensasarkan ke tahap 110.55.
Gambaran Keseluruhan Fundamental: Dolar Amerika Syarikat (AS) diniagakan lemah semalam, berikutan laporan ekonomi A.S. yang lebih perlahan berbanding ramalan dan peningkatan pada mata wang euro. Produktiviti pekerja A.S. meningkat dengan lebih perlahan daripada yang dianggarkan pada awal tiga bulan pertama tahun 2018, yang berpotensi menjadi pertumbuhan ekonomi yang lebih kuat pada masa hadapan. Menurut Jabatan Perdagangan, jumlah rekod eksport minyak A.S. dan bahan api pada bulan April telah membantu mengurangkan jurang perdagangan negara dan mendorong kenaikkan ekonomi. A.S telah mengeksport $19.9 bilion petroleum, kategori yang termasuk minyak mentah, gas cair dan bahan api seperti petrol ke negara lain pada bulan April. Pelabur telah cepat bertindak balas terhadap data ekonomi A.S. dalam beberapa minggu kebelakangan, ketika mereka cuba menjangkakan bila Rizab Persekutuan (Fed) akan mengetatkan dasar kewangan pada tahun ini. Isyarat pertumbuhan yang tidak sekata mungkin akan menangguhkan keputusan Fed untuk menaikkan kadar, kerana kadar yang lebih tinggi akan menjadikan mata wang itu lebih menarik bagi pelabur yang mencari keuntungan.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 110.30, 110.55, dan 110.80
Tahap Sokongan: 109.45, 109.15, dan 108.90