Gambaran Teknikal: Pasangan mata wang EUR/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini telah mencapai Bollinger band lebih tinggi, mendorong harga untuk meneruskan kenaikkan menuju ke arah rintangan berikutnya yang terletak pada tahap 1.1875. Sokongan disediakan oleh Moving Average (MA) 20 yang menaik, kekal di atas MA 50. Sementara Indeks kekuatan relatif mensasarkan ke tahap 60, sekaligus menunjukkan momentum menaik untuk pasangan mata wang ini. Kenaikkan harga urusniaga harian dilanjutkan, dan pasangan mata wang ini harus mensasarkan ke tahap 1.1875 apabila ia menembusi tahap 1.1855. Sokongan utama terletak pada tahap 1.1780.
Gambaran Fundamental: Eksport barangan dan perkhidmatan menjejaskan pertumbuhan di zon eropah bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2018. Ini adalah merupakan isyarat pemulihan mata wang mungkin terdedah kepada pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).
Agensi Statistik Kesatuan Eropah awal hari ini mengatakan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - mengukur barangan dan perkhidmatan yang paling luas dihasilkan dalam ekonomi-berkembang pada kadar tahunan 1.5% pada suku pertama, sedikit lebih rendah pada anggaran sebelumnya sebanyak 1.6% dan yang menandakan kelembapan dari suku akhir tahun 2017. Ahli ekonomi sebahagian besarnya menyifatkan kelembapan suku pertama adalah impak dari gabungan cuaca sejuk yang luar biasa, serangan yang berlaku di dua wilayah terbesar zon eropah dan wabak influenza yang teruk di Jerman.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 1.1855, 1.1875, dan 1.1910
Tahap Sokongan: 1.1780, 1.1760, dan 1.1730