Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 Jun, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD ini meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.6977 dalam jangka panjang. Perlu diingatkan bahawa tahap sokongan telah ditetapkan pada tahap 0.6977 yang mewakili tahap Penarikan Semula Fibonacci 23.6% pada carta 4H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom' pada carta yang sama. Oleh yang demikian, pasangan mata wang NZD/USD kini menunjukkan isyarat pengukuhan harga selepas ia menembusi tahap tinggi 0.7057. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7057 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7121 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 0.7121. Juga, adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahap 0.7185 adalah lokasi yang baik untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sebaliknya, sekiranya pembalikan harga berlaku dan pasangan mata wang NZD/USDini berjaya menembusi tahap sokongan 0.6977, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.6848 berpotensi untuk berlaku sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.