Analisis Teknikal GBP/USD untuk 05 Jun, 2018

AMP

Pasangan mata wang GBP/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek kenaikan harga. Pasangan mata wang ini menyaksikan lantunan semula harga yang kuat pada hari ini susulan daripada pengumuman laporan ekonomi, dan juga berjaya mengukuh di atas sokongan mendatar utama pada tahap 1.3330, yang dijangka akan mengehadkan mana-mana percubaan menurun. Moving Average (MA) 50 kini bergerak ke arah atas, dan akan terus mendorong harga untuk diniagakan lebih tinggi. Dalam kes ini, selagi harga tidak menembusi tahap 1.3330, harga berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan menaik ke tahap 1.3395 dan 1.3440.

Gambaran Keseluruhan Fundamental: Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan pada hari ini, aktiviti dalam sektor perkhidmatan dominan U.K. meningkat pada bulan Mei, menambah isyarat ekonomi untuk melantun semula dari permulaan perlahan tahun ini. Ekonomi U.K telah menyaksikan bacaan yang perlahan pada suku pertama, mendorong Bank of England untuk meningkat kadar faedah utama pada mesyuarat Mei. Walau bagaimanapun, para pegawai memberikan isyarat bahawa mereka masih meramalkan untuk mengetatkan dasar kewangan jika kelembapan bersifat sementara sebagaimana mereka percaya ia akan berlaku.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 1.3395, 1.3440, dan 1.3475

Tahap Sokongan: 1.3295, 1.3275, dan 1.3235