Analisis Teknikal USD/CAD untuk 01 Jun, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pangsi: 1.2961.

Pasangan mata wang USD/CAD ini diramalkan akan diniagakan dalam aliran menaik dari tahap 1.2914. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.2914, yang mewakili tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% pada carta 1H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom'. Hari ini, sokongan utama dilihat pada tahap 1.2914, sementara rintangan segera terletak pada tahap 1.3021. Sehubungan itu, pasangan mata wang USD/CAD telah menunjukkan isyarat pengukuhan harga susulan daripada penembusan tahap tinggi 1.2914. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.2914 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3021 untuk menguji rintangan harian 1 dan bergerak lebih jauh ke tahap 1.3049. Juga, tahap 1.3049 adalah kedudukan yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia diramalkan akan membentuk 'Double Top' baru. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih dalam aliran menaik; kerana itu, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang USD/CAD ini akan meningkat dari tahap 1.2914 hingga mencapai ke tahap 1.3049 pada hari ini. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang USD/CAD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.2914, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 1.2849 boleh berlaku, yang akan menunjukkan pasaran menurun.