Pasangan mata wang GBP/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini dilihat masih kukuh di atas tahap sokongan mendatar 1.3265, yang harus mengehadkan mana-mana pergerakkan menurun. Selain itu, harga juga disokong oleh aliran menaik. 'Bullish cross' dikenal pasti di antara Moving Average (MA) 20 dan 50, yang mengesahkan prospek positif. Oleh itu, selagi harga tidak menembusi tahap 1.3265, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan membuat kenaikkan harga baru ke tahap 1.3340 dan 1.3380.
Fundamental:
Data terdahulu menunjukkan peningkatan dalam jumlah peminjam Britain pada April, selepas ia mencatatkan penurunan pada bulan Mac, yang mana ini akan mendorong keputusan Bank of England (BoE) untuk menaikkan kadar faedah utama dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang. Laporan fundamental yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan peningkatan kredit pengguna U.K. paling tinggi hampir 18 bulan, meskipun data ekonomi baru-baru ini melaporkan pertumbuhan ekonomi yang melemah. Jumlah peminjam U.K. pada April melonjak kepada GBP 1.8 bilion selepas jatuh kepada GBP 400 juta pada bulan Mac, yang merupakan kadar terendah dalam tempoh lebih daripada lima tahun, menurut Bank of England. Peningkatan ini didorong oleh kedua-dua perbelanjaan dalam kad kredit dan pengambilan pinjaman.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 1.3265, dan take profit pada tahap 1.3340.
Tahap Rintangan: 1.3340, 1.3380, dan 1.3410
Tahap Sokongan: 1.3265, 1.3240, dan 1.3215