Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 30 Mei, 2018

Tinjauan Harian

Tinjauan dagangan jangka pendek bertukar kepada penurunan harga selagi pasangan mata wang EUR/USD ini terus diniagakan di bawah penembusan aliran menaik serta had lebih rendah pada julat pengukuhan harga yang kekal ditembusi.

Kesinambungan penurunan harga di bawah tahap 1.2200 membenarkan penurunan harga ke arah tahap 1.1990 dan 1.1880.

Zon harga (1.1850-1.1750) gagal menawarkan penolakan kenaikan harga yang mencukupi apabila tahap tinggi menurun (descending high) ditubuhkan pada tahap 1.1980.

Aliran menaik pasangan mata wang EUR/USD gagal meneruskan pergerakkan ke arah sasaran kenaikan harga yang lebih tinggi. Meningkatkan senario penurunan harga di pasaran.

Sebagaimana momentum penurunan harga mendominasi, kesinambungan aliran menurun di bawah tahap 1.1700-1.1750 (zon rendah harian sebelumnya) akan dikekalkan untuk mendorong harga diniagakan lebih rendah ke arah tahap 1.1520 dan mungkin juga ke tahap 1.1420.

Zon harga (1.1520-1.1415) kini dianggap sebagai zon Bekalan yang signifikan untuk diperhatikan dan kemasukan pesanan MENJUAL adalah berpotensi.

Sementara itu, pedagang konservatif perlu menunggu penarikan semula harga menaik ke arah zon harga (1.1850-1.1750) untuk penolakan penurunan harga dan kemungkinan kemasukan pesanan MENJUAL sekiranya berlaku penarikan semula kenaikan harga.