Baru-baru ini, emas telah diniagakan dalam aliran menaik. Seperti yang saya ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap $1,298.00. Berdasarkan kepada carta 1H, saya mendapati bahawa terdapat penembusan harga pada diagonal akhir, yang merupakan isyarat bahawa pembeli kini mendominasi pasaran. Saya juga mendapati bahawa terdapat penembusan harga pada flag kenaikan harga urusniaga harian, yang merupakan isyarat lain untuk pengukuhan harga. Pada oscillator MACD, saya mendapati bahawa perbezaan (divergence) yang tersembunyi. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan membeli yang berpotensi. Sasaran untuk aliran menaik masing-masing ditetapkan pada tahap $1,302.70 dan $1,311.00.
Tahap Rintangan:
R1: $1,293.00
R2: $1,294.00
R3: $1,296.00
Tahap Sokongan:
S1: $1,289.50
S2: $1,288.40
S3: $1,286.60
Cadangan perdagangan untuk hari ini: Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan membeli yang berpotensi.