Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Mei 2018

Berdasarkan kepada carta 4 jam bagi pasangan mata wang GBP/JPY, 'Channel Broadening Up' telah dilihat. Ini merupakan isyarat bahawa momentum menaik adalah melemah. Selain itu, saluran menaik akan ditembusi dengan mudah, terutamanya selepas harga menyentuh 'Exponential Moving Average' 200 pada penutupan harian. Selain itu, harga telah berada di bawah Rintangan Dinamik, oleh yang demikian, pasangan mata wang GBP/JPY berkemungkinan besar akan cuba menguji tahap rintangan 149.11 atau mungkin juga menutup dagangan pada Exponential Moving Average 200 sekali lagi dalam tempoh beberapa hari akan datang. Walau bagaimanapun. selagi pasangan mata wang ini gagal menembusi dan menutup di atas tahap ini, GBP/JPY dijangkakan akan turun untuk menguji zon tahap sokongan seterusnya yang terletak di antara tahap 147.03-147.56.