Gambaran Keseluruhan
Perak telah membuat lantunan semula penurunan harga selepas menguji rintangan mendatar yang muncul pada carta. Harga diramalkan akan menembusi garis sokongan pada tahap 16.15. Ini akan menghadkan pergerakkan harga di antara tahap sokongan yang disebutkan dan tahap rintangan 16.80. Oleh yang demikian, kami masih mencadangkan dagangan mendatar sehingga harga berjaya menembusi pada salah satu tahap yang disebutkan di atas. Sila ambil perhatian bahawa kesinambungan tekanan negatif dan tahap sokongan 16.15 akan menolak harga untuk diniagakan ke arah tahap 15.49 sebagai tahap harga yang seterusnya. Sebaliknya, penembusan harga pada tahap 16.80 akan mendorong harga untuk memulakan percubaan untuk mendapatkan kembali aliran menaik utama dengan sasaran pada tahap 17.43. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 16.30 dan tahap rintangan 16.70.