Analisis Harian Perak untuk 10 April, 2018

Gambaran Keseluruhan

Berdasarkan kepada carta, perak telah memperlihatkan dagangan mendatar dan pergerakkan harga masih terbatas di antara tahap sokongan 16.15 dan tahap rintangan 16.80, sementara percanggahan terus muncul di antara positif stokastik dan negatif EMA50. Oleh yang demikian, julat mendatar akan kekal dominan sehingga harga berjaya menembusi pada salah satu tahap yang disebutkan di atas, dengan menyatakan bahawa sasaran unjuran selepas penembusan harga telah dijelaskan dalam analisis perdagangan kami yang terdahulu. Julat dagangan yang diramalkan pada hari ini adalah di antara tahap sokongan 16.30 dan tahap rintangan 16.60.