USD/CHF
Pasaran terus diniagakan dalam aliran menurun - pergerakkan menurun ini telah bermula sejak Jumaat lalu. Pergerakan penurunan harga kini menjadi serius dan memberikan ancaman terhadap kecenderungan kenaikkan harga jangka pendek di pasaran. Pergerakan harga di bawah tahap sokongan 0.9500 akan menghasilkan kecenderungan penurunan harga, sekaligus menandakan pasaran akan bergerak lebih rendah lagi.
Sementara itu, rali dari tahap ini akan memadamkan kemungkinan kecenderungan penurunan harga dari pasaran, sekaligus menyelamatkan kenaikkan harga baru-baru ini. Pergerakkan harga pada hari ini dan esok akan menentukan apa yang akan berlaku pada sesi dagangan akan datang.